Jumat, 16 April 2010

PAK DIN KETUA KAMPUNG....PERGINYA

Salam, blog ini dibuat atas permintaan saya pada anak. Saya bukanlah seorang yg high tech. Setelah beliau menolong saya nak memulakannya pun masih perlu tunjuk ajar beliau. Terima kasih banyak2. Setelah itu idea pun mula menghilang dari benak fikiran.
Hari ini saya mulakan catatan dgn bacaan alfatihah. Seorang bekas perajurit telah kembali kepada penciptanya. Saya mengenalinya sebagai Pak Din kk. Saya mengenalinya selepas mengikut suami berpindah kesini setelah tamat perkhidmatan dan selebihnya kerap berjumpa dgn nya untuk pengesahan permohonan anak-anak keIPT.
Bekas tentera ini bernama Jamaluddin bin Adnan. Beliau bersara sebagai RQ dr 8 RAMD. Setahu saya itu lah satu saja pasukan yg beliau telah berkhidmat. Beliau pernah mewakili RAMD dalam permainan badminton Beliau juga adalah ketua cawangan bekas perajurit kawasan ULU KINTA.
Beliau adalah seorang yg tidak jemu bercakap hal khidmatnya dlm tentera, seolah-olah baru semalam beliau bersara.Lepas ini kalau ke pasar tidak akan ada lg Pak Din yg bising, yg bercakap tentang tenteranya.
Ramai yg dtg menziarahi jenazahnya,menurut suami saya. Katanya ada jg wakil pihak bekas perajurit yg datang.Diharap pejabat bekas peka terhadap balu yg ditinggalkan PakDin,meskipun anak-anak beliau telah besar. Sekian